Cosmopoint College Sabah

Majlis Makan Malam Cosmopoint Sabah

COSMOPOINT KOTA KINABALU SABAH
Tahniah kepada ahli jawatankuasa pelaksana Majlis Makan Malam diatas kejayaan mereka menganjurkan Majlis Penutupan ‘Program Anjakan Paradigma Cosmopoint Sabah’ pada 14 Julai 2012 yang lalu. Untuk pengetahuan ramai, Program Anjakan Paradigma Cosmopoint Sabah  telah dilaksanakan daripada bulan Januari hingga bulan Mei yang lalu. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk gotong-royong bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan ceramah motivasi pelajar.
Objektif utama Program Anjakan Paradigma Cosmopoint Sabah adalah untuk mengubah pemikiran dan pelakuan sekeliling khususnya kepada pelajar Cosmopoint Sabah dalam membentuk personaliti dalaman dan luaran diri sendiri. Untuk itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Cosmopoint Sabah (Menara MAA) En. Chris Wee Kia Kee, Puan Lena, Puan Florisca, tidak lupa kepada En. Victor Sani atas sokongan moral mereka terhadap program tersebut. Begitu juga kepada Yang Dipertua MPM, Mohd Wan Afiq dan Azami atas usaha mereka yang tidak putus-putus dalam membantu pelajar-pelajar dalam apa jua aktiviti.
Berbalik kepada Majlis Makan Malam tersebut, banyak program ringkas telah diselitkan untuk memeriahkan lagi majlis makan malam tersebut. Kelab tarian Cosmopoint Menara MAA turut dijemput untuk mempersembahkan tarian moden mereka. Selain itu, kumpulan musik yang disertai oleh pensyarah dan pelajar turut mempersembahkan persembahan yang cukup menarik. Anugerah pelajar cermelang turut disampaikan kepada 29 orang pelajar terbaik dalam setiap program Diploma. Anugerah gelaran King dan Queen of the night pada malam tersebut jatuh ditangan adik Brian (King) dan Adik Nurul (Queen).
Pelajar Cermelang Cosmopoint
Pelajar cermelang
Pelajar Cermelang Diploma Cosmopoint
Pelajar Cermelang
Cosmopoint Sabah- King and Queen
King & Queen
MC of the night
Pengacara Majlis
Wajah Pelajar Cosmopoint Sabah
Wajah-wajah pelajar Cosmopoint
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Cosmopoint Sabah yang terlibat dan Thanks to Faezz Sabahan for the beautiful photos.
From the desk of Marketing Department.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s